PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkannya.
Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 11 pagi.
Ini merupakan kali kelapan beliau memberi keterangan di pejabat SPRM.
Selasa lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri itu akan dipanggil lagi bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat Ismail Sabri kepada SPRM mengikut Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009.
Ahli Parlimen Bera itu juga berdepan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial