WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ROSE BLACKPINK TERIMA DUA PENCALONAN DI ANUGERAH MUZIK AMERIKA

24/04/2025 05:42 PM

SEOUL, 24 April (Bernama-Yonhap) -- Anggota kumpulan BLACKPINK, Rose menerima dua pencalonan dalam Anugerah Muzik Amerika (AMA) yang akan datang, menerusi lagu hit “APT.”, menurut laman sesawang rasmi penganjur pada Khamis.

Rose dicalonkan bagi kategori Kolaborasi Terbaik Tahun Ini menerusi lagu bersama bintang pop Bruno Mars, serta kategori Artis K-pop Kegemaran bersaing dengan Ateez, Jimin dan RM dari BTS, serta Stray Kids, lapor Agensi Berita Yonhap.

Rose meneruskan kecemerlangannya dalam carta US Billboard Hot 100 menerusi lagu “APT.”, yang kekal dalam carta selama 26 minggu berturut-turut.

Lagu APT. yang dilancarkan pada Oktober lalu itu membuat penampilan sulung di tangga kelapan sebelum sedikit menurun dan kemudian melonjak semula ke kedudukan ketiga pada awal tahun ini.

AMA dijadual berlangsung pada 26 Mei di Las Vegas.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan