WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIGA LELAKI DITAHAN DISYAKI CURI ELEKTRIK UNTUK LOMBONG BITCOIN

24/04/2025 06:20 PM

JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi perlombongan bitcoin dengan melibatkan kerugian dianggar RM1.28 juta, pada Selasa dan semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata kesemuanya yang berusia 40 hingga 48 tahun ditahan menerusi Op Letrik yang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Seal Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Beliau berkata hasil serbuan terhadap sembilan premis di sekitar bandar raya ini, Seri Alam, Kulai, Segamat dan Tangkak merampas 87 mesin melombong bitcoin yang dianggar bernilai RM217,500.

“Turut dirampas pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba, modem router dan beberapa anak kunci. Berdasarkan siasatan, mereka menyasarkan kawasan perumahan dan rumah kedai sebagai tempat operasi.

“Kegiatan mencuri elektrik ini juga telah menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM1,289,371.86,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan