WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI JANGAN MALU DAPATKAN KHIDMAT KAUNSELING - NANCY

24/04/2025 07:31 PM

PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Golongan lelaki yang mengalami tekanan emosi atau masalah mental hingga berkelakuan negatif terhadap orang sekeliling digalakkan mendapat bantuan profesional tanpa rasa malu atau takut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ramai golongan itu segan untuk tampil ke hadapan dan berkongsi masalah apabila berdepan cabaran emosi sedangkan perkhidmatan kaunseling yang disediakan adalah sulit dan selamat.

“Kita pastikan ia sulit jika mereka hubungi talian 15999 (Talian Kasih). Selain itu, kita juga ada Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang menawarkan khidmat psikososial kepada mereka yang memerlukan.

“Tak ada alasan untuk mereka (golongan lelaki) malu. Kita memang galakkan mereka untuk mendapatkan bantuan, kita minta mereka bercakap, kadang-kadang melukis dan dari situ dapat diketahui perasaan atau situasi yang sedang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa untuk Memperkasakan Kepimpinan Inklusif Wanita (ICEWIL) di sini hari ini.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan