WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ASEAN UNITY DRIVE 2025 LALUAN UTARA BERMULA DARI HANOI

25/04/2025 08:11 PM

Oleh Vijian Paramasivam

PHNOM PENH, 25 April (Bernama) -- Peserta konvoi  ASEAN Unity Drive 2025 (AUD2025), ekspedisi serantau yang mempromosikan kerjasama dan mobiliti lestari, memulakan perjalanan Laluan Utara dari ibu negara Vietnam, Hanoi, hari ini.

Konvoi berkenaan akan merentasi laluan yang kaya dengan budaya dan pemandangan indah di Laos, Kemboja dan Thailand sebelum tiba di Malaysia.

Program itu dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia.

Menurut kenyataan MARii, AUD2025 akan merangkumi lebih 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN.

“Kami berbangga kerana Hanoi menjadi titik permulaan Laluan Utara bagi AUD2025. Inisiatif ini mencerminkan semangat perpaduan dan kemajuan ASEAN, dan kami berbesar hati menyokong usaha yang mengeratkan hubungan antara negara menerusi inovasi dan pembangunan lestari,” kata Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai, pada majlis pelepasan konvoi di Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesalinghubungan ASEAN, mempromosikan penyelesaian pengangkutan mampan dan menggalakkan kerjasama rentas sempadan dalam teknologi inovasi dan mobiliti, menurut kenyataan itu.

Perjalanan akan berakhir di Malaysia Autoshow 2025, pameran mobiliti dan automotif terbesar Malaysia yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 9 hingga 15 Mei 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan