WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WARGA EMAS MAUT DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA KETIKA PULANG DARI SURAU

28/04/2025 08:56 AM

KUALA TERENGGANU, 28 April (Bernama) -- Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.35 malam itu, mangsa Ali Mohamaed, 77, yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba, dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan sama sebelum dirempuh Ford Renger yang dari arah Kuala Terengganu ke Gong Badak.

"Mangsa dipercayai baru pulang dari surau maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan