WILAYAH - SARAWAK > BERITA

IMIGRESEN TAHAN 61 WARGA ASING DI PULAU PINANG

05/05/2025 12:31 PM

GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 61 warga asing termasuk 20 wanita dalam Op Kutip di dua lokasi berasingan di negeri ini semalam.

Pengarah Imigresen negeri Nur Zulfa Ibrahim berkata penahanan itu dibuat dalam operasi yang dijalankan di aras dua pekarangan Komtar, di sini dan pekarangan aras satu Terminal Bas Penang Sentral di Butterworth.

"Dalam operasi itu, sebanyak 226 warga asing diperiksa sebelum kami menahan 41 lelaki dan 20 wanita yang kesemuanya berumur 20 hingga 50-an kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 35 lelaki dan 13 wanita warga Myanmar, tujuh wanita Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kehadiran warga asing tanpa dokumen sah di Pulau Pinang.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan