KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Polis menyiasat dakwaan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4 dekat sini sejak bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 43 tahun Jumaat lepas setelah mengetahui kejadian itu sudah berlaku berulang kali kepada anaknya.
Beliau berkata mangsa memaklumkan bapanya pada 2.30 petang hari yang sama dengan mendakwa dia telah dipukul oleh seorang pelajar di sekolah berkenaan.
“Pada Selasa lepas, semasa mangsa berada di kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.
“Kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas dan mangsa menyatakan bahawa telah datang tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
polis, siasat, buli, USJ 4, tingkatan dua
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial