WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BEKAS GURU RUGI RM82,000 TAWARAN BUKA KEDAI TIKTOK PALSU

06/05/2025 04:49 PM

JERTIH, 6 Mei (Bernama) -- Seorang bekas guru mengalami kerugian hingga RM82,600 setelah menjadi mangsa penipuan melalui aplikasi laman sosial Facebook berhubung tawaran membuka kedai di aplikasi TikTok atau TikTok Shop sejak 27 April lepas.

 Ketua Polis Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata lelaki warga emas berusia 67 tahun itu diperdaya bagi tujuan membuka perniagaan secara dalam talian.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu diminta menghantar salinan MyKad dan sekeping gambar swafoto untuk pendaftaran akaun. 

“Setelah TikTok Shop mangsa kononnya diwujudkan, dia dikehendaki memasukkan modal permulaan bagi kedai dalam talian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azamuddin berkata mangsa kemudian memasukkan modal permulaan sebelum menerima sedikit pulangan.

“Mangsa yang semakin yakin telah memasukkan modal seterusnya iaitu sebanyak 13 kali transaksi ke tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek berjumlah keseluruhan RM82,600,” katanya.

Beliau berkata setelah melakukan transaksi terakhir pada Ahad lepas, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila suspek terus meminta tambahan modal.

"TikTok Shop berkenaan juga dipercayai palsu kerana dikatakan menggunakan mata wang USD dan walaupun selalu menerima kemasukan pesanan dalam sistem namun tiada sebarang pembayaran dibuat.

“Mangsa telah membuat laporan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan