WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MERZ GAGAL DIPILIH SEBAGAI CANSELOR JERMAN PADA PUSINGAN PERTAMA PEMILIHAN

06/05/2025 07:40 PM

BERLIN, 6 Mei (Bernama-dpa) -- Friedrich Merz pada Selasa gagal dipilih sebagai Canselor Jerman yang baharu dalam pusingan pertama pengundian di parlimen selepas gagal memperoleh majoriti mutlak, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Pemimpin konservatif itu menerima 310 undi di Bundestag yang mempunyai 630 kerusi, kurang enam undi daripada majoriti yang diperlukan.

Keputusan mengejut itu merupakan tamparan hebat buat Merz, yang bakal mengetuai gabungan kerajaan baharu terdiri daripada blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) serta Parti Demokratik Sosial (SPD) — dengan gabungan itu menguasai 328 kerusi di Dewan Rendah Parlimen Jerman.

Menurut Undang-undang Asas, iaitu Perlembagaan de facto Jerman, ahli Parlimen mempunyai tempoh 14 hari untuk memilih seorang canselor dengan majoriti mutlak.

Selepas itu, hanya majoriti mudah diperlukan untuk memilih canselor.

Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier kemudiannya mempunyai tujuh hari sama ada untuk melantik secara rasmi calon yang dipilih itu sebagai canselor atau membubarkan Bundestag dan mengadakan pilihan raya baharu.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan