WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WANITA WARGA EMAS CEDERA DIREMPUH MPV DALAM RESTORAN MAKANAN SEGERA

09/05/2025 12:17 AM

IPOH, 8 Mei (Bernama) -- Seorang wanita warga emas cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan, kira-kira 76 kilometer (km) dari sini, malam ini.,

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 70-an dilaporkan tersepit di bawah kenderaan berkenaan, sebelum diselamatkan orang awam yang berada di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Ketua Operasi melakukan penilaian awal (size-up) sebelum mengarahkan anggota membantu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan awal kepada mangsa.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Operasi terkawal sepenuhnya pada jam 9.30 malam dan tamat pada jam 9.49 malam.

Terdahulu, video insiden berkenaan tular di media sosial yang memaparkan sebuah MPV putih terbabas dan merempuh masuk ke dalam restoran terbabit.

– BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan