WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SEKURANG-KURANGNYA 13 MAUT, TERMASUK EMPAT ANGGOTA TENTERA, DALAM LETUPAN PELURU DI INDONESIA

12/05/2025 08:02 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 12 Mei (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut pihak berkuasa.

Letupan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin di kawasan terpencil di Daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.

Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Darat, Brig Jen Kristomei Sianturi berkata semua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian di Kampung Sagara, Cibalong dan dihantar ke Hospital Pameungpeuk untuk proses bedah siasat.

Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan