WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TRUMP MULAKAN LAWATAN KE ARAB SAUDI PADA SELASA

13/05/2025 12:11 AM

Daripada Amirudin Ahmad

RIYADH 12 Mei (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa, menandakan permulaan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat sejak kembali memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lepas.

Lawatan empat hari yang turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyerupai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama.

Semasa berada di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta wakil industri teknologi dan perniagaan sehingga 16 Mei.

Terbaharu media antarabangsa melaporkan tokoh perniagaan ternama seperti Elon Musk juga dijangka menghadiri Forum Pelaburan Arab Saudi-AS  yang dijadualkan berlangsung di sini, pada 13 Mei.

Arab Saudi sebelum ini menyatakan komitmen untuk melabur US$600 bilion di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun, selain bersetuju membeli senjata dari Washington bernilai US$3.5 bilion pada awal tahun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan