KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya dekat sini.
Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 11.15 pagi itu terdiri daripada warga Indonesia, India dan Myanmar berusia lingkungan 17 hingga 53 tahun.
“Kebanyakan mereka bekerja sebagai pembantu kedai di medan selera dan pasar basah.
“Siasatan dilakukan bagi kesalahan tidak mempunyai permit, permit tamat tempoh dan tidak mematuhi syarat permit untuk tinggal di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi tamat.
Beliau berkata mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial