WILAYAH - SARAWAK > BERITA

NAHAS FRU: PEMANDU LORI DIIKAT JAMIN - POLIS

19/05/2025 12:01 PM

IPOH, 19 Mei (Bernama) -- Pemandu lori yang didakwa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lepas diikat jamin pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata jaminan berkenaan dibayar oleh majikannya sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

“Pemandu lori ini akan diberi jaminan mahkamah dan majikannya telah membayar wang jaminan sebanyak RM 6,000 dengan seorang penjamin.

“Orang Kena Tuduh (OKT ) akan dibebaskan hari ini dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, selepas dituduh memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU. 

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.  

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia gagal membayar ikat jamin itu menyebabkan tertuduh ditahan di lokap hingga pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan