PRETORIA, 9 Okt (Bernama-CMG) – Persidangan Inovasi Sains dan Teknologi Global (G-STIC) 2025 yang menumpukan kepada pakej penyelesaian untuk mewujudkan pembangunan inklusif berasaskan inovasi serta pelaksanaan projek pembangunan lestari bermula di sini pada Rabu.
Bertemakan “Inovasi Sains dan Teknologi Kondusif bagi Kemampanan Masa Depan”, G-STIC edisi kelapan kali ini dianjurkan bersama oleh Institut Teknologi Flanders Belgium (VITO) dan Institut Penukaran Sumber Tenaga Guangzhou (GIEC) di bawah Akademi Sains China.
Persidangan itu menghimpunkan tokoh-tokoh dari pelbagai negara termasuk pemimpin politik, ahli perniagaan dan ahli akademik.
Semasa Sidang Pleno Sumber Tenaga, Mesyuarat Khas Biojisim dan Mesyuarat Khas Tenaga Geoterma, GIEC sebagai pihak penganjur akan bersama dengan kumpulan pakar dari pelbagai negara mengadakan perbincangan tentang bagaimana membantu Afrika mewujudkan transformasi dalam bidang penggunaan sumber tenaga dan pembangunan lestari dengan memanfaatkan inovasi sains dan teknologi.
G-STIC 2025 memberi fokus kepada tujuh bidang utama iaitu iklim, tenaga, kesihatan, air, pertanian, keselamatan dan ekonomi kitar semula, yang bertujuan memberikan sokongan dan saluran kerjasama kepada Afrika untuk merancakkan landskap sumber tenaga bersih dan memperjuangkan matlamat pembangunan lestari, bersempena penganjuran persidangan itu di benua Afrika buat kali pertama.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial