WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MAYAT TANPA IDENTITI DITEMUKAN DALAM BAGASI DI FLAT AMPANG JAJAR

09/10/2025 07:15 PM

BUTTERWORTH, 9 Okt (Bernama) -- Polis mengesahkan penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada 1.43 petang.

“Siasatan masih lagi diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan mayat ditemukan pekerja pembersihan saluran yang sedang menjalankan tugasan rutin di kawasan rumah pangsa berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan