IPOH, 10 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Tuntung dekat Pantai Remis petang semalam ketika mencari siput, ditemukan lemas malam tadi.
Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafia berkata mangsa, Mohamad Zulkifli Mat Saad, 27, ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
“Operasi pencarian diteruskan pada 11.15 malam selepas paras air sungai mulai surut dengan jarak pencarian dianggarkan satu kilometer dari tempat mangsa terjatuh.
"Pencarian menggunakan dua bot melibatkan lapan anggota termasuk empat daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA),” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Beliau berkata pasukan penyelamat turut dibantu orang awam yang melakukan pencarian melalui laluan darat di kawasan paya bakau berhampiran.
“Pada 11.30 malam, mangsa ditemukan di lokasi berkenaan sebelum dibawa keluar melalui laluan darat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pengesahan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial