WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TENGKU ZAFRUL MAHU PEARLY-THINAAH BAWA PULANG LEBIH BANYAK KEJAYAAN

12/10/2025 08:39 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah membawa pulang lebih banyak kejayaan selepas menjuarai Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland, hari ini.

Tengku Zafrul menyifatkan prestasi naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu sebagai menakjubkan selepas mudah menjinakkan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-7, 21-9 di Vantaan Energia Areena, sekali gus merangkul gelaran kedua musim ini.

“Semangat juang, fokus dan kerja keras yang dipamerkan terbukti membuahkan hasil. Teruskan momentum, bawa pulang lebih banyak kejayaan,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Pencapaian hari ini juga menebus kekecewaan beregu wanita nombor dua dunia itu yang tewas pada edisi lalu kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 12-21, 17-21.

Pearly-Thinaah sebelum ini merangkul gelaran pertama musim ini pada Terbuka Thailand pada Mei, selain muncul naib juara pada Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan