WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENJAWAT AWAM PERLU JUJUR, PASTIKAN PENDAPATAN DIPEROLEH HALAL - PM

13/10/2025 11:10 AM

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam agar menanam tekad dan keazaman dalam diri masing-masing untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran serta dedikasi demi masa depan negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut mengingatkan penjawat awam agar bekerja bersungguh-sungguh dan memastikan hasil pendapatan mereka diperoleh dengan cara halal.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu mengutamakan amanah kepada rakyat dalam setiap tanggungjawab yang digalas.

“Jangan harap orang lain... tetapi diri kita sendiri yang mesti ada tekad daripada pancaran keyakinan hati nurani.

"Kalau mahu pendapatan halal, kita kena kerja sebaik mungkin dan berkhidmatlah dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan