SEREMBAN, 15 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki di Kampung Baru, Tampin pada semalam bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual terhadap anak saudara perempuannya.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata lelaki berusia 58 tahun itu ditahan pada 10.30 malam selepas polis menerima aduan daripada mangsa yang berusia 15 tahun pada 6.35 petang hari yang sama.
“Remaja berkenaan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa saudaranya ketika sedang tidur di rumahnya kira-kira 3 pagi pada Ahad lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki berkenaan kemudian direman seminggu hingga 21 Okt ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial