IPOH, 15 Okt (Bernama) -- Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 256 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar, menyebabkan aliran trafik sesak sejauh lebih tujuh kilometer, hari ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di akaun X rasmi @plustrafik memaklumkan kemalangan yang berlaku pada 7.56 pagi itu menghalang semua lorong arah utara, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik.
“Kerja-kerja pengalihan lori kontena sedang dijalankan di KM256.8 arah utara antara laluan Terowong Menora dan Kuala Kangsar.
“Semua lorong masih terhalang, laluan kontra diaktifkan dari KM255.8 hingga KM257.3 arah selatan, manakala pusingan U serta mandatori exit telah dinyahaktifkan,” menurut hantaran itu setakat 11.30 pagi.
PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan pengawal trafik serta papan tanda di lokasi, selain mempertimbangkan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial