WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS TAHAN REMAJA 14 TAHUN DISYAKI LAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL

16/10/2025 11:42 PM

SHAH ALAM, 16 Okt (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan lain di sebuah sekolah di Sabak Bernam, dekat sini, 13 Okt lepas. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusoff Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu suspek telah melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu rehat. 

"Tangkapan dilakukan pada hari sama (13 Okt) di Jalan Parit, Sungai Besar dan permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan bermula 14 Okt hingga esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan