WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RISIKO BANJIR JADI ASAS PENILAIAN PROJEK PERUMAHAN BAHARU - TPM FADILLAH

22/10/2025 01:38 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Risiko banjir kini dijadikan antara faktor utama dalam proses penilaian teknikal bagi setiap projek perumahan baharu di seluruh negara bagi memastikan pembeli tidak menjadi mangsa pembangunan di kawasan berisiko, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata semua permohonan pembangunan dikemukakan melalui One Stop Centre (OSC) perlu mendapat penilaian menyeluruh daripada agensi teknikal termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan aspek saliran dan mitigasi banjir diambil kira sebelum kelulusan diberikan.

“Penilaian ini merujuk kepada Pelan Induk Tebatan Banjir serta Laporan Banjir Tahunan bagi memastikan infrastruktur tempatan mampu menampung kesan perubahan iklim yang menyebabkan peningkatan keamatan hujan dan kenaikan paras laut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status risiko banjir bagi setiap projek perumahan kepada awam agar pembeli tidak menjadi mangsa membeli rumah di kawasan berisiko pada masa hadapan.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kawalan pembangunan turut berpandukan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT) yang menetapkan dasar serta kesesuaian guna tanah termasuk mengenal pasti kawasan berisiko banjir.

Bagi projek baharu, beliau berkata reka bentuk sistem saliran perlu mematuhi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang menekankan pendekatan kawalan air hujan bersepadu seperti kolam takungan dan elemen mesra alam untuk mengurangkan risiko banjir kilat.

“Namun bagi perumahan lama yang dibangunkan sebelum penguatkuasaan MSMA, sebahagian besar kawasan tidak mempunyai sistem kawalan banjir mencukupi dan lebih mudah terdedah kepada risiko apabila berlaku hujan lebat luar biasa,” katanya.

Fadillah berkata penambahbaikan sistem saliran di kawasan perumahan lama memerlukan tindakan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menilai serta menaik taraf keupayaan sistem sedia ada.

Selain itu, beliau berkata Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 pada 17 April 2023 bersetuju Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) diguna pakai semua kerajaan negeri dan PBT sebagai panduan perancangan serta pelaksanaan projek pembangunan tanah yang lebih sistematik dan mampan.

“PISMA dijadikan rujukan untuk menaik taraf, membina sistem saliran dan merancang pembangunan masa depan yang lebih terancang bagi mengurangkan risiko banjir kilat serta mengawal pencemaran akibat pembangunan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Muhammad Bakhtiar mengenai status Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2, beliau berkata sebanyak 38 lembangan sungai utama kini dipantau bagi memperkukuh amaran awal dan perlindungan kawasan perumahan berisiko.

Fadillah berkata program itu dilaksanakan JPS di bawah National Forecasting and Warning System yang mampu membuat ramalan banjir seawal tujuh hari dan mengeluarkan amaran dua hari sebelum kejadian.

“PRAB melibatkan 74 lembangan sungai utama di seluruh negara dibangunkan dalam tiga fasa antara 2015 hingga 2030. Fasa 1 meliputi Sungai Kelantan, Terengganu dan Pahang sudah beroperasi manakala Fasa 2 melibatkan 33 lembangan di Semenanjung serta lima di Sabah dan Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada 2028,” katanya.

Fadillah berkata Fasa 3 pula merangkumi 33 lembangan di Sabah dan Sarawak antara 2025 hingga 2030.

Setakat ini, beliau berkata PRAB memantau 1,798 stesen hidrologi telemetri, 614 sistem amaran banjir serta 197 kamera pemantauan yang beroperasi 24 jam di kawasan hotspot banjir dengan 3,683 lokasi dikenal pasti berisiko tinggi.

Menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai cadangan mewujudkan portal data bersepadu peta risiko banjir bagi setiap projek perumahan, Fadillah berkata data sejarah banjir, kawasan risiko dan maklumat teknikal pembangunan telah disalurkan kepada OSC dan jawatankuasa teknikal negeri.

“Data ini boleh dirujuk oleh pembeli atau pemaju untuk mengetahui status sesuatu kawasan manakala JPS sedang memperluas kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan perancangan pembangunan mengambil kira risiko banjir dan langkah mitigasi yang bersesuaian,” katanya.

-- BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan