KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Hasrat wakil tunggal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk mara lebih jauh dalam acara pecut individu wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 tidak kesampaian selepas tewas kepada pelumba New Zealand, Ellesse Andrews, pada pusingan 1/16 final di Santiago, Chile, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Terdahulu, pelumba berusia 22 tahun itu mencatat masa 11.019 saat untuk menduduki tangga ke-26 daripada 34 peserta pada pusingan kelayakan.
Bagaimanapun, catatan tersebut jauh daripada rekod kebangsaan 10.578 saat miliknya yang dilakukan pada Kejohanan Piala Negara-Negara di Turkiye pada Mac lalu.
Tumpuan Nurul Izzah kini beralih kepada acara keirin yang dijadual berlangsung Ahad ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial