WILAYAH - SARAWAK > BERITA

72 WARGA INDONESIA DIKENAKAN NTL OLEH AKPS

23/10/2025 07:54 PM

SEPANG, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak 72 warga Indonesia dikenakan tindakan Arahan Penolakan Masuk (NTL) selepas gagal mematuhi syarat kemasukan dalam operasi pemeriksaan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor, pada 19 dan 20 Okt lepas.

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata operasi itu dilaksanakan berdasarkan maklumat diterima berhubung ketidakpatuhan dalam prosedur untuk masuk ke Malaysia.

"Apa yang saya nak sebutkan kita tidak hanya memberi penekanan kepada pintu masuk utama (iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) tetapi pintu masuk lain juga,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata AKPS juga sedang meneliti sama ada wujud kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara itu.

“Sekiranya ada maklumat daripada orang awam boleh maklum kepada AKPS dan kita akan cuba mengesahkannya,” katanya. 

Sebelum ini, Mohd Shuhaily berkata usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti satu dasar untuk menerima anggota yang tidak mempunyai rekod tatatertib bagi memastikan pintu masuk negara sentiasa dikawal rapi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan