SEPANG, 24 Okt (Bernama) -- Presiden Timor-Leste José Ramos-Horta antara pemimpin dunia tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Pesawat membawa beliau mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.30 petang dan disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Terdahulu, Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão tiba pada 12.30 tengah hari, disusuli Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn pada 6.57 petang dan Menteri Luar Finland Elina Valtonen pada 10.20 malam.
Sidang kemuncak berkenaan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini menghimpunkan pemimpin ASEAN dan rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China dan Jepun, yang disifatkan sebagai perhimpunan ASEAN terbesar sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial