WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA BERADIK MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI KANOWIT

29/10/2025 06:54 PM

SIBU, 29 Okt (Bernama) -- Dua beradik maut apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 10 Jalan Majau, berhampiran SK Ulu Majau, Kanowit dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Junical Ujal berkata mangsa dikenali sebagai Musa Minggat, 50, (pemandu kereta) dan abangnya Budin Minggat, 67, dan mayat mereka telah dibawa ke Hospital Kanowit untuk bedah siasat.

“Pihak polis mengesahkan dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta Perodua Axia berwarna perak dan sebuah lori tangki membawa muatan minyak di lokasi kejadian Jalan Majau berhampiran SK Ulu Majau, Kanowit.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia yang dipandu oleh mangsa telah hilang kawalan, bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Junical berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan