WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUASANA HOTEL DI IBU KOTA CEMAS SELEPAS ALAT PENGUDARAAN TERBAKAR

30/10/2025 01:29 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Suasana cemas berlaku di sebuah hotel terkenal di sini, apabila alat pengudaraan di restoran premis tersebut terbakar, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan kejadian pada 10.21 pagi, melibatkan restoran makanan Jepun di tingkat dua. 

“Kejadian melibatkan alat pengudaraan berkeluasan 5x5 kaki persegi yang terbakar 25 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” menurut kenyataan itu.  

Operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan kebakaran dipadamkan pada 11.15 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan