SIBU, 2 Nov (Bernama) -- Polis menggempur kegiatan samseng jalanan di Jalan Kong Yit Khim-Sibu Jaya dengan menahan 61 motosikal yang diubah suai dalam operasi 11 jam bermula 9 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata operasi melibatkan dua pegawai kanan bersama 32 anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu itu memeriksa 92 motosikal dan daripada jumlah itu, 61 ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Turut diperiksa dalam operasi sama adalah seramai 120 individu terdiri daripada 114 lelaki dan enam perempuan.
“Sebanyak 268 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk ubah suai ekzos, tidak memiliki lesen memandu, ubah suai kenderaan dan tidak ada nombor pendaftaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan di daerah ini.
Masyarakat juga diingatkan supaya memandu berhati-hati dan tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan serta tidak mengubah suai struktur kenderaan termasuk mengeluarkan bunyi bising yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial