WILAYAH - TENGAH > BERITA

POKOK TUMBANG, KEDIAMAN ROSAK AKIBAT RIBUT DI KUANTAN - APM

07/11/2025 11:49 PM

KUANTAN, 7 Okt (Bernama) -- Hujan lebat dan ribut selama lebih sejam bermula lewat petang tadi mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan di sekitar bandar raya ini. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan Mejar (PA) Zahidi Zainudin berkata pihaknya mula menerima maklumat berkaitan insiden berkenaan pada 7.46 malam.

Beliau berkata pokok tumbang dilaporkan antaranya di Jalan Tanah Putih menghala Gambang, Taman Cenderawasih dan Bukit Setongkol selain kejadian sama turut dilaporkan menyebabkan atap kediaman di Jalan Bukit Bay Route rosak.

“APM telah menggerakkan anggota ke lokasi terlibat untuk melakukan pemantauan dan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan,” katanya kepada Bernama malam ini. 

Beliau berkata setakat ini tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan