WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI MAUT DITEMBAK DI STESEN MINYAK KLANG DIKEHENDAKI POLIS

11/11/2025 01:43 PM

‎SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Polis mengesahkan mangsa kes tembak di sebuah stesen minyak di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang dekat sini Jumaat lepas merupakan individu yang dikehendaki polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

‎‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata lelaki berusia 34 tahun itu juga memiliki beberapa rekod jenayah lain. 

‎‎Beliau berkata siasatan setakat ini menjurus kepada pelbagai aspek mengambil kira latar belakang mangsa dan tujuh keterangan telah diambil membabitkan isteri serta keluarganya selain saksi kejadian.

‎‎"Siasatan masih dijalankan... bedah siasat telah selesai dan punca kematian ialah kecederaan akibat beberapa das tembakan di bahagian dada serta perut, dan jasad telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya. 

‎‎Shazeli berkata demikian pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor. 

Sebelum ini, Shazeli berkata insiden pada kira-kira 11 malam itu menyaksikan seorang suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta dan terkena bahagian hadapan badan mangsa yang juga seorang penganggur. 

‎-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan