WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEMATIAN PEMPENGARUH TAIWAN: NAMAWEE AKAN DILEPASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

12/11/2025 11:52 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee akan dilepaskan dengan jaminan polis selepas ditahan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di sini bulan lepas.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata siasatan terhadap kes kematian Hsieh Yun Hsin, 33, yang mayatnya ditemukan dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Okt lepas, masih diteruskan dan arahan untuk siasatan lanjut telah dikeluarkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita menawarkan jaminan polis. Setakat ini, tiada sebarang petunjuk dia terlibat dengan menyebabkan kematian si mati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan berkata polis telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Namewee telah disambung reman tiga hari hingga esok selepas reman pada 5 Nov lepas berakhir pada Isnin.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan