WILAYAH - UTARA > BERITA

BAYI PEREMPUAN DITEMUKAN DI HADAPAN TANDAS RUMAH KAMPUNG DI SUNGAI DUA

15/11/2025 09:42 AM

BUTTERWORTH, 15 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung penemuan bayi perempuan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada awal pagi Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata bayi berkenaan yang masih dalam keadaan bertali pusat ditemukan orang awam sebelum melaporkannya kepada polis pada 6.28 pagi.

“Hasil maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup serta cukup sifat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan berada dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Irwan Shah Sumadi melalui talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan