WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KANADA KENAKAN SEKATAN BAHARU TERHADAP RUSIA

18/11/2025 05:27 PM

OTTAWA, 13 Nov (Bernama-Xinhua) -- Kanada mengenakan sekatan baharu terhadap Rusia pada Rabu, menyasarkan individu dan entiti yang berkaitan dengan sektor tenaga, keupayaan ketenteraan dan infrastruktur siber, lapor Xinhua.

Menteri Luar Kanada, Anita Anand dalam satu siaran berita mengumumkan bahawa langkah-langkah terbabit menyasarkan 13 individu dan 11 entiti di bawah Peraturan Langkah Ekonomi Khas (Rusia) negara itu.

Menurut siaran itu, langkah-langkah terbabit memberi tumpuan kepada merendahkan keupayaan ketenteraan konvensional dan hibrid Rusia di samping menjejaskan pendapatan tenaga dan pemboleh kewangannya.

Langkah-langkah itu juga menandakan kali pertama Kanada mengenakan sekatan terhadap entiti yang membekalkan infrastruktur siber yang kononnya didakwa digunakan dalam strategi hibrid Rusia terhadap Ukraine, katanya.

Di samping itu, sekatan turut menyenaraikan beberapa entiti gas asli cecair Rusia, serta 100 kapal yang digambarkan sebagai sebahagian daripada "armada bayangan Rusia".

Tindakan itu diambil selaras dengan sekatan baru-baru ini yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK), dan menyokong usaha berterusan oleh G7 untuk mengenakan tekanan ekonomi ke atas Rusia, menurut siaran itu.

Setakat ini, Rusia belum mengulas mengenai langkah yang diambil Kanada.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan