WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AHMAD ZAHID, FAHMI RAFAK SEMBAH, UCAP TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN AGONG

22/11/2025 04:55 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid mendoakan Seri Paduka Baginda dianugerahkan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, serta dilimpahi keberkatan dalam memayungi rakyat dan negara.

“Daulat Tuanku!,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, turut merafak sembah dan mengucapkan tahniah.

“Sembah Takzim daripada patik serta seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Dirgahayu Tuanku,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan