WILAYAH - UTARA > BERITA

HAMPIR 400 MANGSA TERKANDAS TANAH RUNTUH DI WANG KELIAN

23/11/2025 08:43 PM

KANGAR, 23 Nov (Bernama) -- Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, sekitar 1 tengah hari tadi berikutan hujan berterusan sejak awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata mereka terdiri daripada 300 rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan selebihnya penduduk setempat yang terjejas banjir.

Mohd Shokri berkata mereka kini ditempatkan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

"Keadaan mereka selamat di masjid ini sebab kawasan situ agak tinggi. Pihak polis bersama agensi lain seperti bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) berada di sana bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Mohd Shokri berkata setakat malam ini laluan di jalan berkenaan masih belum dibuka kerana bimbang berlaku pergerakan tanah memandangkan keadaan masih hujan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan