WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRN: MAJIKAN PERLU BENARKAN PEKERJA KELUAR MENGUNDI - JTK SABAH

24/11/2025 08:24 PM

KOTA KINABALU, 24 Nov (Bernama) -- Majikan sektor swasta diingatkan supaya membenarkan pekerja mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Sabtu ini. 

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pelepasan masa sementara (time-off) perlu diberikan kepada pekerja yang mengundi di pusat pengundian berhampiran atau memberi hari kelepasan untuk yang mengundi di pusat pengundian jauh.

“Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat pengundian boleh mengambil cuti tahunan.

“Majikan hendaklah berunding dengan pekerja sama ada memberi time-off atau cuti tahunan sekiranya pada hari mengundi tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am oleh kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu. 

JTK Sabah memaklumkan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara selama setahun jika sabit kesalahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala esok sebagai undi awal.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan