WILAYAH - UTARA > BERITA

BANJIR: BEBERAPA JALAN DI PERLIS DITUTUP SEMENTARA

24/11/2025 08:01 PM

KANGAR, 24 Nov (Bernama) -- Beberapa jalan di Perlis ditutup sementara kerana terjejas dengan banjir yang melanda negeri itu berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Mohd Ismail Ibrahim berkata laluan yang terjejas ialah Jalan Kaki Bukit Batu 16, Simpang Tiga Kok Mak, Jalan menuju Wang Kelian, Jalan Kampung Chantek, Jalan Titi Tinggi, Jalan Gua Kelam, Jalan Kangar-Padang Besar (berhampiran Agrovet Perlis).

Jalan Kangar-Padang Besar (Bukit Chabang), Jalan Kaki Bukit-Gua Kelam (Biro Tatanegara), Bulatan Kilang Gula, Jalan Batas Liku Rani Estate, Jalan Kubang Gajah, Jalan Besar Arau-Kodiang, Jalan Kampung Gial, Jalan Syed Hussein dan Jalan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan supaya keselamatan diri dan keluarga terjamin serta mengelakkan kerosakan kenderaan.

"Selain itu, mangsa yang terlibat diminta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa supaya mematuhi arahan berpindah ke pusat pemindahan sementara demi keselamatan diri masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ismail turut menasihati ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengawasi serta memantau anak-anak supaya tidak bermain di kawasan banjir, longkang, parit atau sungai.

Sementara itu, beliau berkata pelancong yang pulang dari Thailand melalui pintu sempadan Wang Kelian dekat Padang Besar yang terkandas akibat kejadian tanah runtuh serta pokok tumbang, akan dibawa keluar secara berperingkat oleh pihak berkuasa sehingga selesai.

"Sekiranya memerlukan bantuan, sila hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Perlis di talian 04-973 8982 atau 04-973 8906.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan