WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TUJUH KEJADIAN TANAH RUNTUH DAN POKOK TUMBANG DILAPORKAN DI IBU NEGARA HARI INI

25/11/2025 02:09 AM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Empat kejadian tanah runtuh dan tiga insiden pokok tumbang dilaporkan di sekitar ibu negara susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan tiga kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Ang Seng 4, Brickfields pada 9.24 pagi, Jalan Langgak Golf, Taman U Thant pada 11.10 pagi dan di Jalan Kiara 5, Desa Kiaramas pada 5.45 petang.

"Semua insiden berkenaan dikendalikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sri Hartamas," menurut kenyataan hari ini.

PGO turut memaklumkan empat kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara melibatkan kawasan di Blok C Pangsapuri Kos Rendah Jalan Sepadu 6, Taman United pada 11.02 pagi, Jalan Maarof, Bangsar pada 11.20 pagi, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya pada 3.24 petang serta Flat Sri Lempah, Lorong Jugra-Jalan Klang Lama pada 4.32 petang.

"Semua lokasi telah dihadiri pasukan bomba yang menjalankan kerja-kerja pemantauan dan penyelamatan dengan bantuan Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pasukan bomba masih berada di lokasi memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan