WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BERNAMA SEDIAKAN LAPORAN TERKINI PRN SABAH KE-17

28/11/2025 01:33 PM

KOTA KINABALU, 28 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menyediakan laporan berita terkini termasuk proses pengundian dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok.

Kesemua laporan disediakan menerusi pelbagai platform agensi berita berkenaan meliputi wires, Bernama TV dan Bernama Radio selain platform digital.

Bernama TV dan Bernama Radio turut menyediakan program granstan khas bermula dengan proses pengundian pada 8 pagi sehingga keputusan penuh pilihan raya pada sebelah malam.  

Sebanyak 1.76 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN Sabah kali ini, yang mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Untuk berita terkini, sila layari portal rasmi Bernama www.bernama.com, laman khas PRN Sabah ke-17 https://prn.bernama.com/sabah/index.php selain siaran Bernama TV di Astro 502, unifiTV 631 dan MYTV 121.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan