WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TAUFAN KOTO MELEMAH, UBAH HALUAN, TERUS BERGERAK PERLAHAN

28/11/2025 06:25 PM

HANOI, 28 Nov (Bernama-VNA) -- Taufan Koto dijangka berada di perairan barat Laut Timur tengah Vietnam menjelang 4 pagi pada 29 Nov, kira-kira 260 kilometer (km) ke barat laut pulau Song Tu Tay, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan.

Taufan itu bergerak ke arah barat pada kelajuan kira-kira tiga km sejam sambil terus melemah, dengan angin kencang maksimum sekitar 100 km sejam dengan tiupan angin secara tiba-tiba mencecah sehingga 150 km sejam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kawasan terjejas termasuk perairan utara zon khas Truong Sa, dengan tahap risiko bencana tiga (amaran tahap sederhana).

Pengarah Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan, Mai Van Khiem, berkata pada malam 27 Nov dan awal pagi 28 Nov, Taufan Koto bergerak perlahan ke arah barat-barat daya dengan intensiti menurun satu tahap berbanding hari sebelumnya.

Menurut ramalan, taufan itu akan terus mengubah haluannya dalam tempoh tiga hari akan datang. Pada 29 Nov, ia dijangka beralih ke utara, kemudian ke barat pada 30 Nov dan pada 1 Dis, ke barat-barat daya,” kata Khiem.

Secara purata, taufan itu melemah kira-kira satu tahap setiap hari dan berkemungkinan menurun menjadi lekukan tropika apabila menghampiri perairan pantai Quang Ngai - Dak Lak, katanya.

Menjelang ketibaan Taufan Koto, Kementerian Pertahanan Vietnam telah mengeluarkan arahan segera yang menghendaki semua pasukan untuk mencegah dan bertindak balas secara proaktif.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan