WILAYAH - SARAWAK > BERITA

HARAP SEMUA NEGARA BERSAMA DUKUNG MULTILATERALISME - PRESIDEN ICELAND

01/12/2025 04:01 PM

BEIJING, 1 Dis (Bernama-CMG) -- Semua negara tanpa mengira besar mahupun kecil diharap dapat bersama-sama mendukung multilateralisme, kata Presiden Iceland Halla Tomasdottir.

Beliau menzahirkan harapan agar negara-negara di dunia saling menghormati kedaulatan, kelebihan, budaya dan sejarah masing-masing, selain berusaha mengumpulkan konsensus untuk merungkai cabaran utama yang dihadapi bersama.

“Demi menangani cabaran itu, kita perlu menghapuskan jurang antara jantina, generasi serta perbezaan pendapat di peringkat global.

“Pada pandangan saya, kepimpinan model baharu terserlah menerusi usaha mengatasi semua jurang itu dan berganding bahu menghadapi cabaran global dengan setiap negara mengoptimumkan kelebihan masing-masing,” kata Tomasdottir dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Menurut beliau, komitmen bersama perlu dikekalkan bagi menangani pelbagai cabaran, kerana tiada negara yang mampu bertindak secara bersendirian.

Tomasdottir turut menyuarakan kebimbangan terhadap gelombang antiglobalisasi dan amalan yang bertentangan dengan perdagangan bebas.

Adalah tidak bijak untuk beranggapan bahawa bertindak sendirian lebih baik daripada bekerjasama, katanya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan