WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA LELAKI MAUT, TRELER HILANG KAWALAN

04/12/2025 12:27 AM

KUCHING, 3 Dis (Bernama) -- Dua lelaki maut selepas sebuah treler bermuatan jentera berat hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Miri Bypass di Miri pada kira-kira 4.20 petang tadi.

Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak memaklumkan bahawa mangsa dikenali sebagai Melintang Mamuwas, 55, dan Tan Gawan, 44, yang merupakan pemandu serta kelindan treler berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati pemandu serta kelindan treler tersebut tersepit di bahagian tempat duduk.

“Pihak bomba kemudian membuka pintu bahagian pemandu bagi membolehkan petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pengesahan terhadap keadaan mangsa.

"Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Menurut PGO, proses mengeluarkan mangsa hanya dapat diteruskan dengan bantuan kren bagi mengalihkan jentera berat yang masih berada di atas treler tersebut.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan