WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANCAMAN BOM PALSU DI KLIA KERANA TIDAK MAHU BEG DIGANGGU - POLIS

04/12/2025 05:33 PM

SEPANG, 4 Dis (Bernama) -- Individu yang mencetuskan ancaman bom palsu membabitkan pelepasan penerbangan tempatan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, bertindak demikian agar begnya tidak diganggu rakan.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at berkata tiada motif jenayah direkodkan.

“Suspek direman selama tiga hari (bermula semalam) namun diberi jaminan polis. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan masih dalam kajian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nota ancaman itu didakwa ditulis pada tanda bagasi sebuah beg telah didaftar masuk.

Semalam, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan insiden dilaporkan pada 5.32 petang Selasa, sejurus sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. 

Pasukan Keselamatan Penerbangan telah mengaktifkan protokol respons diperlukan, menutup kawasan terbabit dan melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa, sebelum pesawat terlibat dibenarkan berlepas pada 7.19 malam.  

Penilaian terperinci oleh pihak keselamatan penerbangan, polis dan unit pemusnah bom mengesahkan keadaan selamat sepenuhnya pada 8.58 malam dan insiden itu hanya amaran palsu.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan