IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Dua lelaki cedera selepas pesawat ringan jenis Microlight terlibat kemalangan di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah, Taiping semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 10.30 pagi melalui sistem NG MERS 999.
“Juruterbang berusia 46 tahun dan pelatih 40 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Pesawat didapati mendarat secara kecemasan kerana kerosakan enjin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nasir berkata pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan dan penilaian awal sejurus menerima maklumat.
“Polis akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan bagi memastikan tindakan kawalan risiko dan keselamatan penduduk sekitar dilaksanakan secara berkesan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial