WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SULTAN NAZRIN BERANGKAT KE SYARAHAN UNDANG-UNDANG SULTAN AZLAN SHAH KE-35

12/12/2025 01:20 AM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35, tahun 2025 di sini.

Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beberapa menteri kabinet dan duta asing ke Malaysia, selain anggota kehakiman, pengamal undang-undang, ahli akademik dan undangan.

Sultan Nazrin yang juga Pengerusi Yayasan Sultan Azlan Shah, berkenan menyaksikan syarahan tahun ini yang disampaikan Master of Magdalene College, Cambridge Christopher Greenwood yang juga bekas Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari United Kingdom.

Dalam syarahannya Christopher membincangkan tajuk Can International Law Make a Difference in Time of War, menyentuh mengenai kaitan, batasan dan tanggungjawab undang-undang antarabangsa dalam situasi konflik yang sedang berlaku.

Buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, syarahan tersebut disiarkan secara langsung dan boleh ditonton di lawlecture.sultanazlanshah.com.

Syarahan itu merupakan anjurkan bersama Yayasan Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaya (UM).

Siri syarahan ini dianjurkan sebagai menghormati komitmen Sultan Azlan Shah terhadap kedaulatan undang-undang dan tadbir urus berperlembagaan, sekali gus menjadi siri syarahan undang-undang utama di Malaysia.

Sejak 1986, ia telah menampilkan hakim-hakim terkemuka, sarjana undang-undang dan pakar perundangan kanan dari serata dunia common law.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan