WILAYAH - TIMUR > BERITA

SURI RUMAH RUGI LEBIH RM60,000 DITIPU SINDIKET KERJA SAMBILAN

13/12/2025 09:26 AM

KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) -- Seorang suri rumah kerugian RM66,805 selepas ditipu sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian, bulan lepas. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 37 tahun menerima panggilan telefon pada 30 Nov daripada suspek yang menyamar sebagai wakil platform e-dagang popular. 

“Suspek menghantar bekas minuman kepada mangsa pada 5 Dis sebagai hadiah dan menawarkan kerja sebagai penilai produk syarikat berkenaan.

“Mangsa yang bersetuju dimasukkan ke kumpulan Telegram dan diberikan tugas memberi ulasan produk, namun perlu membayar untuk menerima tugasan sebelum mendapat pulangan wang serta keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa membuat enam bayaran dari 8 hingga 10 Dis namun tidak menerima pulangan wang atau keuntungan sehingga semalam.

Susulan itu, mangsa membuat laporan pada 11 pagi semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan