KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan semua isu yang dikemukakan pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibangkit dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan kes itu.
Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan isu berkenaan dibangkitkan pada perbicaraan yang berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 Nov 2025.
Menurut AGC, jabatan itu kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti.
“Keputusan yang dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara,” menurut jabatan itu.
Keputusan di akhir kes pembelaan kes 1MDB akan disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 26 Dis ini.
Semalam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, telah mengadakan satu sidang media berhubung beberapa isu di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial