WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEDUTAAN PALESTIN, MAHAR ANJUR TAYANGAN FILEM SEMPENA HARI SOLIDARITI ANTARABANGSA

19/12/2025 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Komitmen tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan Palestin sekali lagi diperkukuh menerusi penganjuran tayangan  drama dokumentari pemenang anugerah, "The Voice of Hind Rajab", oleh Kedutaan Palestin di Malaysia dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR).

Dianjurkan sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin, program itu turut menjadi acara awam pertama bagi Bakal Duta Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra, sejak ketibaan beliau ke negara ini kurang dua bulan lepas.

"The Voice of Hind Rajab" memaparkan semula detik-detik terakhir Hind Rajab, kanak-kanak berusia enam tahun yang terbunuh di Gaza pada Januari 2024. Kisahnya menarik perhatian dunia selepas rakaman audio rayuan bantuan beliau kepada operator Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin tular.

Dalam ucapannya pada malam Khamis, Jehad berkata walaupun suara Hind berjaya didengari dunia, masih ramai lagi kanak-kanak Palestin lain yang mengalami nasib yang sama dalam keadaan senyap.

“Kisah Hind amat memilukan. Malangnya, dia boleh dianggap 'beruntung' kerana suaranya sampai ke pengetahuan dunia. Ramai lagi kanak-kanak Palestin yang menghadapi takdir yang sama namun tidak pernah diketahui,” katanya sebelum mengetuai hadirin melaungkan sorakan "Free, Free Palestine."

Jehad turut berkongsi perkembangan terkini mengenai akreditasi diplomatik beliau dan mengesahkan telah menyerahkan salinan surat pelantikannya kepada jabatan protokol di Kementerian Luar Malaysia yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Dalam ucapannya pada Khamis malam, Jehad berkata walaupun suara Hind berjaya didengari dunia, masih ramai lagi kanak-kanak Palestin lain yang mengalami nasib yang sama dalam keadaan senyap.

“Kisah Hind amat memilukan. Malangnya, dia boleh dianggap 'beruntung' kerana suaranya sampai ke pengetahuan dunia. Ramai lagi kanak-kanak Palestin yang menghadapi takdir yang sama namun tidak pernah diketahui,” katanya sebelum mengetuai hadirin melaungkan sorakan "Free, Free Palestine."

Jehad turut berkongsi perkembangan terkini mengenai akreditasi diplomatik beliau dan mengesahkan telah menyerahkan salinan surat pelantikannya kepada jabatan protokol di Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

"Saya tiba di Kuala Lumpur kira-kira 45 hari lepas dan sangat gembira berada di sini. Malaysia sentiasa menyokong kami secara konsisten, daripada Yang di-Pertuan Agong sehingga kepada rakyatnya," katanya.

Beliau menjangkakan akan menyerahkan watikah pelantikan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara dalam masa terdekat, berkemungkinan pada akhir bulan ini atau Januari depan.

Sementara itu, Presiden MAHAR merangkap Pengerusi Ops Ihsan, Jismi Johari menekankan cabaran logistik yang sukar dihadapi oleh organisasi kemanusiaan dalam usaha menghantar bantuan ke Gaza.

Menurut beliau, meskipun terdapat gencatan senjata yang rapuh, akses kemanusiaan kekal sangat terhad dengan hanya sebahagian kecil daripada 600 trak bantuan yang diperlukan berjaya memasuki Gaza setiap hari.

"Kami telah mencuba setiap laluan yang mungkin sama ada melalui darat, udara mahupun laut. Kami telah menghantar hampir semua keperluan dan tidak pernah berhenti," katanya sambil menggesa rakyat Malaysia untuk terus bersatu dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.

Majlis itu dihadiri hampir 400 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, wakil organisasi hak asasi manusia, penggiat industri filem tempatan serta ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan